Bank Rakyat Sasar Tingkatkan Asas Pelanggan 30 Peratus Pada 2016

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank koperasi terbesar di Malaysia, Bank Rakyat, menyasarkan untuk meningkatkan asas pelanggannya sebanyak 30 peratus pada tahun ini melalui kerjasamanya dengan Takaful Ikhlas Bhd.

Bank itu pada masa ini mempunyai kira-kira enam juta pelanggan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata melalui kerjasama itu, Bank Rakyat akan mempromosikan produk Takaful Ikhlas dan pengendali takaful itu pula akan memasarkan produk kewangan bank itu.

"Kami percaya kerjasama dengan Takaful Ikhlas akan membantu meningkatkan asas pelanggan kami, terutamanya dalam kalangan pekerja sektor swasta, yang menjadi antara sasaran kami untuk pertumbuhan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama itu di sini, Isnin.

Beliau berkata, kerjasama itu juga membolehkan bank tersebut mempelbagaikan tawarannya kepada pelanggan, termasuk bagi keperluan takaful.

Bersempena dengan kerjasama tersebut, Abdul Aziz berkata Bank Rakyat memperkenalkan 'Kempen Beli Rumah Dapat Kereta', selain pelbagai hadiah menarik bernilai RM200,000.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata kerjasama dengan Bank Rakyat itu, dijangka memacu pertumbuhan asas pelanggan antara 15 dan 20 peratus setahun.

Setakat ini, Takaful Ikhlas mempunyai dua juta pemegang polisi.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan