Tanjung Offshore Pelbagaikan Perniagaan

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 2:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Tanjung Offshore Bhd (TOB), merancang untuk menceburi medan minyak huluan di negara Asia Tenggara yang lain dan Australia sebagai langkah mempelbagaikan perniagaan berbanding hanya bergantung kepada Petronas dan Malaysia.

TOB juga akan meneruskan lebih banyak projek hiliran dan perkhidmatan sokongan dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas, menurut sumber industri hari ini.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi TOB untuk mempelbagaikan perniagaan berkaitan minyak dan gas bagi meluaskan portfolionya dan meningkatkan keuntungan, katanya.

Seperti kebanyakan peserta sektor minyak dan gas yang lain, kelembapan dalam sektor tersebut pada masa ini telah memberi kesan kepada TOB yang menyebabkan projek berkurangan berikutan persaingan lebih tinggi, yang mana sumber berkata telah mengurangkan margin dan memberi tekanan kepada keuntungan.

Ini lebih-lebih lagi terutamanya sejak TOB dilihat oleh pasaran sebagai penyedia perkhidmatan minyak, yang kurang menguntungkan berbanding peserta sektor minyak dan gas utama.

Ini telah mendorong syarikat itu untuk mengambil langkah menangani isu disebabkan oleh kelembapan dalam perniagaan minyak dan gas.

Bagi tujuan itu, katanya TOB mewujudkan lebih banyak segmen perniagaan minyak dan gas yang menguntungkan.

Ia juga beralih daripada kebergantungan kepada kontrak luar pesisir dan penyelenggaraan yang besar berikutan ini memerlukan jumlah pekerja yang besar dan pelaburan dalam kemudahan.

Sektor ini mempunyai skop yang terhad apabila Petronas mengurangkan perbelanjaan dan jumlah kontrak berikutan penurunan mendadak harga petroleum dan kesan kepada industri itu di peringkat global, katanya.

TOB akan meneruskan lebih banyak projek hiliran dan perkhidmatan sokongan dalam projek RAPID Petronas yang bernilai berbilion ringgit itu, katanya.

Syarikat akan menambah barisan perniagaan bukan minyak dan gas yang baharu  seperti menambah perkhidmatan luar pesisir dengan segmen perniagaan baharu yang akan memberi kekuatan kepada saham TOB dan menarik pelabur baharu.

Sumber itu berkata bidang perniagaan baharu yang diterokai TOB adalah pembinaan, pembangunan dan penyelenggaraan bangunan.

Ini sinergi dengan aset TOB dalam tangan seperti kemudahan fabrikasi di  Johor, penyelenggaraan lot kilang di Kemaman dan bangunan pejabat komersial lapan tingkat di Birmingham.

"Disebabkan tumpuan baharu ini ke atas perniagaan bukan minyak dan gas, langkah penjenamaan semula TOB dijangka berlaku," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan