TM Sasar Sumbangan Lebih Tinggi Daripada Segmen Perusahaan

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) yakin dengan prospek pasaran dan menjangka segmen perusahaannya akan mencatat sumbangan dua angka yang lebih tinggi kepada jumlah pendapatan kumpulan tahun ini.

"Segmen itu menyumbang 16 peratus kepada pendapatan kumpulan pada 2015, naik daripada sumbangan satu angka yang sihat sebelum ini.

"Untuk tahun ini, saya yakin segmen itu akan tumbuh lebih daripada 16 peratus," kata Naib Presiden Eksekutif TM, Wan Ahmad Kamal Wan Halim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pembentangan di persidangan TM Biz Fusion 2016 di sini, Rabu.

Setakat ini, katanya, TM memperoleh lebih 10,000 pelanggan daripada segmen perusahaan yang merangkumi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat besar.

"Pasaran nampaknya agak bulis sekarang dan kami optimis secara berhati-hati pada suku kedua dan seterusnya kerana kami telah menyaksikan banyak peluang dalam pasaran di pelbagai industri," katanya.

Mengenai majlis hari ini, Wan Ahmad Kamal berkata, ia bertujuan mewujudkan kesedaran dan mempamerkan penyelesaian sambungan bersepadu serta teknologi maklumat dan komunikasi TM serta perkhidmatan kepada pelanggan penting daripada industri pembuatan dan runcit.

"Disebabkan pasaran sangat kompetitif, adalah penting untuk peruncit mewujudkan sesuatu yang berbeza di pasaran," katanya.--Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan