suria

AirAsia X Tingkat Frekuensi Penerbangan Ke Lapan Destinasi

KUALA LUMPUR: AirAsia X mengumumkan tambahan kekerapan penerbangan ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing ,Shanghai dan Taipei.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata ia juga menawarkan promosi khas untuk semua penerbangan AirAsia X dalam satu perjalanan sehala, semua dalam tambang bagi kelas ekonomi bermula daripada RM259 (untuk Perth), RM329 (Hangzhou) dan RM429 (Busan) serta banyak lagi.

"Tempahan boleh dibuat di www.airasia.com mulai sekarang sehingga 8 Mei 2016 dan pelanggan boleh terus melancong serta merta sehingga 24 November 2016," katanya.

Pada bulan-bulan akan datang, AirAsia X juga secara beransur-ansur akanmeningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya ke Melbourne kepada 14 kali, Sydney sebanyak 11 kali, Perth (14 kali), Osaka (sembilan kali), Sapporo (lima kali, Beijing (11 kali), Shanghai (11 kali) dan Taipei (14 kali).

Pada pukul 4.20 petang, saham AirAsia X naik satu sen kepada 35 sen dengan 69.73 juta saham diniagakan.-Bernama

AirAsia X, Lapan Destinasi

Artikel Lain