Perniagaan Hospitaliti PNB Tawar Diskaun Bilik

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016, perniagaan hospitaliti Permodalan Nasional Bhd (PNB) menawarkan promosi istimewa dengan diskaun sehingga 70 peratus untuk bilik penginapan.

Pengurus Besar PNB Perdana Hotel  and  Suites On The Park, Ismail Hisham Ahmad Zambri berkata perniagaan hospitaliti terdiri daripada PNB Perdana Hotel  and  Suites On The Park, Hotel Perdana dan PNB Ilham Resort, menyasar jualan 100 baucar penginapan dengan nilai jualan RM10,000 daripada promosi itu.

"Lazimnya baucar pakej penginapan di Port Dickson dan Kelantan paling banyak terjual berbanding di KL. Saya percaya orang ramai terutama yang tinggal di kawasan bandar pastinya mahu bercuti di lokasi luar dari ibu kota," katanya kepada Bernama ketika ditemui di karnival jualan dan pameran MSAM 2016 di Stadium Mini Tapah di sini, Khamis.

Beliau berkata diakaun itu ditawarkan melalui promosi "ate... moh kite pakat bercuti kome!!!" yang boleh didapati di gerai pameran mereka sepanjang MSAM 2016  dan tawaran itu sah sehingga 20 April, 2017.

Hadir bersama Pengurus Besar Hotel Perdana Kota Bharu Muhammad Taha Zainal dan Pengurus Resident PNB Ilham Resort Port Dickson Raja Azukri Raja Adam.

Antara promosi, penginapan bilik di PNB Perdana Hotel  and  Suites On The Park di Kuala Lumpur serendah RM150 bersih selama dua hari satu malam untuk jenis bilik studio, manakala bilik Deluxe ditawarkan pada RM280 berbanding RM620 pada harga biasa bagi satu malam.

Ismail Hisham berkata pihaknya tidak mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan berikutan kumpulan itu mengguna pakai sistem gaji bersih seperti dicadangkan kerajaan.

"Anda boleh pilih mana-mana tarikh asalkan dalam tempoh sah menginap sehingga April tahun depan dan tertakluk kepada terma dan syarat," katanya.

Beliau berkata kumpulan hospitaliti itu mahu menonjolkan peranan mereka sebagai hotel PNB patuh syariah kepada orang ramai sepanjang penyertaan dalam MSAM 2016.

Tags / Kata Kunci: PNB

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan