JCorp Diberi Peluang Jadi PBT Di Pengerang

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 11:28 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Johor Corporation (JCorp) telah diberi tanggungjawab untuk menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pengerang bagi menjayakan hab minyak dan gas di kawasan tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengumumkan demikian berkata pemilihan JCorp itu adalah berdasarkan pengalamannya menerajui serta menjaga kawasan Pasir Gudang ketika ia mula dibuka untuk kawasan industri dan pelabuhan.

Ia juga sesuai dengan keperluan semasa kawasan itu yang bakal memerlukan pelbagai kepakaran bagi menghidupkan industri seperti hab minyak dan gas.

"Pemilihan JCorp adalah berasaskan keperluan. Ia bukan seperti hendak membuat rumah atau ladang tetapi hendak membuka industri yang bukan biasa-biasa, sofistikated dan teknikal.

"Kita sedang dalam rundingan bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) termasuk kerajaan pusat dan berharap semua proses-proses dari segi perundangan dan lain-lain, dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Laporan Tahunan Kumpulan JCorp 2015 di sini, Khamis.

Berdasarkan prestasi dan kejayaan yang dikecapinya selama ini, beliau yakin JCorp mampu mengalas tugas terbabit, biarpun ada pihak berpandangan bahawa JCorp sedang berhadapan dengan masalah termasuk kewangan.

"Kita tidak tahu dari mana ia (isu ini) timbul namun pandangan sedemikian kita anggap hanya sebagai satu perkara yang berniat tidak baik dan ingin mewujudkan persepsi yang bukan-bukan terhadap JCorp.

Hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan PBT di Pengerang itu disuarakan Mohamed Khaled ketika Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke 13 di Kota Iskandar, Mei tahun lalu.

Ia diperlukan bagi mengurus pembangunan pesat yang berlaku di kawasan itu khususnya sebagai hab minyak dan gas.

Berhubung isu lain, Mohamed Khaled berkata industri di Malaysia mesti bersedia melakukan perubahan termasuk melabur dalam penggunaan teknologi bagi memastikan perniagaan mereka tidak terlalu bergantung kepada penggunaan tenaga kerja asing.

Katanya, penggunaan teknologi akan memberikan pulangan yang baik pada masa-masa akan datang biarpun memperlukan pelaburan yang tinggi pada peringkat awal.

"Kalau dilihat di negara-negara maju, banyak negara telah pun mengurangkan kebergantungan mereka kepada tenaga manusia kerana penciptaan dan penggunaan teknologi.

"Ini bermaksud tenaga-tenaga mahir diperlukan yang akan menyebabkan gaji-gaji yang lebih baik dan tinggi ditawarkan kepada rakyat tempatan," katanya ketika ditanya mengenai rintihan sebuah persatuan perabot di Muar baru-baru ini yang khuatir perniagaan mereka terjejas akibat langkah kerajaan yang mahu menghentikan pengambilan tenaga kerja asing, berkuat kuasa serta merta. --Bernama

Tags / Kata Kunci: JCorp , Mohamed Khaled Nordin , Pengerang , PBT

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan