DSA 2016 Catat Urus Niaga Bernilai RM2.9 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 5:08 PM

Hishammuddin meninjau pada hari terakhir sekitar DSA 2016 di PWTC pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 mencatat urus niaga bernilai RM2.9 bilion, meningkat 56 peratus berbanding RM1.86 bilion semasa DSA 2014.

Secara keseluruhannya, edisi tahun ini menyaksikan 10 kontrak, empat Surat Setuju Terima, tiga Surat Hasrat dan tujuh Memorandum Persefahaman ditandatangani, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh penganjur, DSA Sdn Bhd.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peningkatan nilai yang memberangsangkan itu menunjukkan Malaysia dan industri pertahanan serantau mempunyai keupayaan untuk terus berkembang.

"Kita mengharapkan prospek lebih banyak urus niaga semasa DSA pada masa depan," katanya semasa majlis penutup DSA ke-15 yang berakhir di sini, Khamis.

Beliau berkata pembelian aset ketenteraan akan mengambil masa untuk diserahkan namun di sebalik berdepan cabaran ekonomi semasa, pihak yang menyertai DSA melihat kepada hubungan jangka sederhana dan panjang.

"Ia bukan sesuatu yang sengaja diadakan malah saya hadir sebagai saksi hanya untuk kontrak yang pasti akan dilaksanakan. Urus niaga RM2.9 bilion yang telah ditandatangani ini mesti dilaksanakan," katanya.

DSA 2016 selama empat hari itu berperanan sebagai platform kepada lebih 300 pegawai atasan kerajaan dan delegasi asing dari lebih 45 negara.

Selain itu Hishammuddin berkata acara tersebut telah menarik lebih 38,000 pengunjung perdagangan dari lebih 77 negara pada tiga hari pertama, melebihi jangkaan awal sebanyak 34,000.

"Tahun ini turut menyaksikan satu rekod baharu iaitu 1,200 syarikat yang menyertai mewakili lebih 60 negara daripada industri keselamatan dan pertahanan global.

"Ia merupakan jumlah penyertaan tertinggi setakat ini," katanya.

Beliau mengumumkan bahawa DSA 2018 akan berlangsung pada 16 hingga 18 April, 2018 di Kuala Lumpur.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: DSA , Hishammuddin Tun Hussein , PWTC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan