AirAsia X Dan My Ecolodge Tawar Pakej Pelancongan Ke Niseko

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 1:29 PM

Pengerusi Air Asia X, Tan Sri Rafidah Aziz (tengah) menyerahkan replika pesawat Air Asia X kepada Pengarah My Ecolodge, Low Su-Ming (tiga, kiri) semasa melancarkan penerbangan ke Niseko, Jepun. Turut kelihatan Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa (tiga,kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia X pada Khamis mengumumkan usahasama dengan MY ecolodge iaitu sebuah Travellers' lodge butik ternama yang diuruskan oleh Fairlane Hospitaliti menawarkan pakej pelancongan termasuk semua yang dikenali sebagai 'Niseko Super Summer Saver' dari serendah RM3,900 * seorang selama 5 hari 4 malam di Niseko, Wilayah Hokkaido dari Jun ke Oktober 2016 **.

Usahasama ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, serta Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad, Ms Low Su Ming, Pengarah MYecolodge, Encik Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Encik Darren Wickings, Pengurus Besar Fairlane Hospitality Jepun.

Obbjektif utama usahasama ini adalah untuk bersama-sama mempromosikan Niseko sebagai destinasi percutian sepanjang tahun. Kerjasama positif ini dijangka akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang bercuti di Niseko pada harga yang berpatutan.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, "Kami berasa bangga untuk memeterai kerjasama dengan MY ecolodge kerana kami berkongsi nilai jenama yang sama iaitu memberikan perkhidmatan yang berkualiti yang berbaloi dengan nilai wang bagi tetamu kami.

Sejak memulakan penerbangan kami ke Sapporo pada bulan Oktober tahun lepas, ia telah dengan cepat menjadi salah satu laluan kami yang paling popular ke Jepun kerana Hokkaid adalah sesuai untuk dilawati sepanjang tahun."

Kami juga gembira untuk mengumumkan bahawa kami akan memperkenalkan satu lagi kekerapan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula 22 April dan seterusnya, meningkatkan kekerapan penerbangan kami ke 5 kali seminggu.

Ditambah pula dengan kerjasama dengan MY ecolodge, kami yakin bahawa ianya akan menarik minat rakyat Malaysia untuk bercuti ke Hokkaido dengan AirAsia X dan menikmati musim panas di sana," tambah Benyamin Ismail.

Darren Wickings, Pengurus Besar, Fairlane Hospitality Jepun berkata, "MY ecolodge adalah sebuah travelers' lodge butik yang baru dibuka di Niseko, Hokkaido pada Disember 2015.

Ia direka untuk menjadi mesra alam dan banyak sifat - sifat alam diterapkan ke dalam reka bentuk dan penyampaian perkhidmatan, memastikan keindahan alam semulajadi yang terkenal Niseko kekal hijau hingga ke masa depan.

Walau apa pun musim yang diingini, MY Ecolodge merupakan pilihan menarik dan memikat dengan keindahan yang memukau sesuai bagi jkunjungan sepanjang tahun. Penerbangan terus ke Sapporo menjadikan keseluruhan pengalaman MY ecolodge lebih mudah dan menyeronokkan".

Niseko, selain terkenal sebagai tempat peranginan ski yang terkenal di seluruh dunia, juga dikenali kerana keindahan menakjubkan pada musim panas. My Ecolodge menarik pengunjung dari serata dunia," tambah Wickings.

Tags / Kata Kunci: AirAsia X

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan