suria

TNB Remaco Raih Anugerah Amalan Terbaik Frost and Sullivan

KUALA LUMPUR:Cabang penyelenggaraan dan baik pulih Tenaga Nasional Bhd, TNB Repair  and  Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco), memenangi Anugerah Amalan Terbaik Frost  and  Sullivan bagi tahun lima berturut-turut.

"TNB Remaco dianugerahkan 'Penyedia Perkhidmatan Loji Kuasa Terbaik' oleh Frost  and  Sullivan dalam mengiktiraf jenama terkemukanya, legasi kepimpinan pasaran dan portfolio perkhidmatan yang berkembang," menurut TNB dalam satu kenyataan pada Rabu.

TNB Remaco, menjana pendapatan RM1 bilion tahun lepas, turut beroperasi di Pakistan, Kuwait dan Arab Saudi dan telah menyempurnakan tanggungjawab di Vietnam, Singapura, Brunei, Indonesia, Myanmar, Chile dan Argentina.-- Bernama

TNB Remaco, Frost and Sullivan

Artikel Lain