suria

Unit SKB Shutters Peroleh Kontrak US$10.8 Juta

KUALA LUMPUR: Unit SKB Shutters Corporation Bhd,  Storage Industries Sdn Bhd, memperoleh kontrak US$10.8 juta (US$1 = RM3.9380) daripada Asia Pangasius Co Ltd, anak syarikat Hund Vuong Corporation di Vietnam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, SKB Shutters berkata kontrak itu meliputi pembekalan penyelesaian rak dan sistem pemerolehan dan storan automatik (sistem ASRS).

"Anggaran masa bagi menyiapkan sistem ASRS membabitkan kira-kira setahun bermula dari tarikh pemeteraian kontrak sistem ASRS," katanya.

Artikel Lain