suria

MAHB Sasar Kendalikan 41 Juta Penumpang Di ISG

ISTANBUL: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pemilik penuh dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) di Istanbul menyasarkan 41 juta penumpang menggunakan lapangan terbang itu menerusi projek pembesaran lapangan terbang ISG.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata sebanyak 20 juta Euro diperuntukkan bagi projek berkenaan yang dijangka siap pada 2018.

"Ketika ini ISG mengendalikan 33 juta penumpang, projek pembesaran itu mampu menampung 41 juta penumpang. Projek ini selaras dengan seruan kerajaan yang mahukan lebih banyak syarikat milik kerajaan melabur di luar negara," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu beliau memberikan taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini untuk lawatan kerja bersempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-13 di Istanbul.

Sejurus tiba, Najib yang diberikan taklimat berkenaan projek itu, turut merasmikan ruang istirahat kelas perniagaan yang baharu di lapangan terbang berkenaan.


MAHB, Badlisham Ghazali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain