Malaysia Perlu Kenal Pasti Petunjuk Pertumbuhan Ekonomi - MBAM

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 4:08 PM

Matthew Tee

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengenal pasti petunjuk utama untuk peluang pertumbuhan sebenar supaya tidak ketinggalan dengan negara-negara membangun yang lain, kata Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Matthew Tee.

"Ini perlu kerana terdapat jurang antara prestasi semasa kita dan penanda aras global," katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Ke-7 di sini, Isnin.

Beliau berkata Laporan Produktiviti 2014/2015 Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melaporkan bahawa Myanmar, Indonesia, Thailand, Bulgaria dan India telah merapatkan jurang dengan Malaysia pada kadar yang meningkat sejak tahun 2000-an.

"Terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mengatasi prestasi Malaysia tidak lama lagi.

"Malaysia perlu mengukuhkan tenaga kerjanya, melabur dalam teknologi dan meningkatkan produktiviti industri untuk memacu produktivitinya," kata Tee.

Tee berkata peningkatan produktiviti juga mengenai melabur dalam tenaga kerja untuk memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam memanfaatkan peningkatan produktiviti daripada persekitaran operasi yang dipertingkatkan.

"Industri perlu melihat kepada meningkatkan produktiviti pekerja binaan supaya kompetitif," katanya.

Sementara itu, sektor pembinaan mencatatkan produktiviti paling kukuh sebanyak 13.2 peratus pada 2014, menurut MPC.

"Sektor itu mencatatkan tahap produktiviti buruh RM26,895 pada 2014, naik berbanding RM23,755 pada 2013.

"Industri itu mencatatkan prestasi baik disebabkan pertumbuhan kukuh dalam sub-sektor kediaman dan bukan kediaman," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan