suria

SC Lantik Dua Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Kamarudin Hashim dan Chin Wei Min sebagai Pengarah Eksekutif, berkuat kuasa 4 April, 2016.

Kamarudin yang berkhidmat dengan SC sejak 1993 berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk derivatif, bon, pengurusan dana, pasaran modal Islam dan penyeliaan, menurut SC dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

"Sebelum menyertai SC, beliau berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pengkhususan dalam undang-undang dari University of Kent, UK," menurut SC.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha kepada suruhanjaya selain dipinjamkan kepada Citibank Bhd untuk terlibat dalam transaksi bon dan sukuk di samping menyokong perniagaan kewangan Islam serantau bank berkenaan, menurut SC.

Sementara itu, menurut SC, Chin, yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Asia Pasifik bagi Industri Pasaran Modal di Accenture, akan mengetuai Jabatan Inovasi dan Strategi Digital SC yang baharu ditubuhkan serta menyelia Jabatan Pengurusan Data, Strategi dan Risiko.-- Bernama


SC, Kamarudin Hashim, Chin Wei Min

Artikel Lain