Ronser Bio-Tech Sasar Industri Hotel Sebagai Pengguna Teknologi Rawatan Air

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ronser Bio-Tech Bhd menyasarkan pengusaha hotel yang mesra alam dan industri perubatan sebagai sasaran pasaran bagi teknologi rawatan air terbarunya yang dipanggil buih nano.

Ketua Pegawai Eksekutif Dr Pua Eng Teck berkata teknologi terkini itu akan terus menyokong pertumbuhan syarikat kepakaran penyelesaian rawatan sisa air bersepadu itu berikutan Malaysia merupakan negara kedua yang ditawarkan  teknologi tersebut selepas Jepun.

"Teknologi yang diterima pakai dari Jepun itu adalah untuk rawatan air dan rawatan sisa air," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum pemahaman dan perjanjian pemindahan teknologi dengan Universiti Shanghai Jiao Tong serta Asia Science and Water Technology Co Ltd (Inc Jepun) di sini, Jumaat.

Teknologi ITU menggunakan buih nano bertekanan tinggi yang mampu melepaskan ion-ion negatif bagi menarik bakteria dan membersihkan air, ia juga amat menjimatkan kos.

Suria Resorts Management Sdn Bhd, menjadi pelanggan pertama teknologi itu dan pemasangan dijangka dibuat dalam tempoh empat bulan.

"Ronser Bio-Tech juga telah dihubungi oleh kerajaan Mauritius yang menyatakan minat untuk memasang teknologi itu di pulau tersebut," katanya.

Kata Eng Teck, teknologi itu juga sesuai untuk kegunaan isi rumah.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ronser Bio-Tech Bhd , Pua Eng Teck

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan