suria

Malaysia Airlines Tawar Beli Satu Dapat Satu

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan Beli Satu Dapat Satu Percuma apabila pelanggan membeli tiket kelas pertama atau perniagaan mulai hari ini hingga 18 April, 2016.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines Bhd berkata tempoh perjalanan bermula serta-merta hingga 30 Nov 2016.

"Penumpang boleh berbelanja untuk rakan mereka dan menikmati perjalanan yang selesa dan bergaya dalam penerbangan Malaysia Airlines bagi keseluruhan rangkaian menyeluruh di seluruh dunia," katanya.

Selain tambang menarik, pelanggan juga masing-masing menikmati muatan bagasi 50 kilogram bagi kelas pertama dan masing-masing 40 kilogram bagi kelas perniagaan, serta akses ke Golden Lounge Malaysia Airlines.

Mereka juga boleh mengumpul mata perbatuan Enrich bagi kedua-dua tiket.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi 1-300-88-3000.

Tawaran promosi ini tidak termasuk penerbangan perkongsian kod dan tertakluk kepada terma dan syarat. 

Artikel Lain