BlackBerry Alami Kerugian, Rancang Kembalikan Keuntungan

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2016 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

OTTAWA: BlackBerry sekali lagi mengalami kerugian pada tahun fiskal terkini dan kini meletakkan sasaran untuk mengembalikan keuntungan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan bisnes, selain produk telefon bimbit, kata syarikat Kanada itu.

Syarikat berpangkalan di Waterloo, Ontario itu dilaporkan mengalami kerugian mencecah AS$208 juta (RM808.62 juta) untuk tahun berakhir pada 29 Februari lalu, manakala pendapatan menurun kepada lebih 35 peratus kepada AS$2.16 bilion atau RM8.39 bilion.

Syarikat menyumbang sebahagian daripada pendapatan untuk kos penstrukturan semula.

BlackBerry berharap produk terbaharunya, Priv - Android pertama yang beroperasi sebagai telefon pintar yang telah dilancarkan November lalu dapat mengembalikan kegemilangan syarikat.

Beberapa analisis berpendapat, BlackBerry sepatutnya beralih kepada bisnes selain berasaskan telefon jika penjualan Priv gagal.

Penganalisa juga meramalkan syarikat mencatat kerugian 33 sen setiap saham pada tahun fiskal terakhir berbanding 40 sen saham syarikat.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John Chen menganggap pencapaian terkini syarikat adalah teguh dan strategi syarikat adalah untuk membangunkan pasaran perisian.

Chen juga menganggap pada tahun fiskal 2017, strategi syarikat kekal pada landasan yang betul.- AFP

Tags / Kata Kunci: BlackBerry , Waterloo , Priv

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan