suria

Tabung Haji Serah Zakat Perniagaan RM14.74 Juta

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan menerima replika cek zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) 2015 berjumlah RM14,739,426.67 daripada Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail (kiri) di Istana Bukit Kayangan pada Rabu. Turut hadir Pengerusi Lembaga Zakat Selangor Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM14.74 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima zakat perniagaan berkenaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015 dan ia merupakan jumlah tertinggi yang dibayar oleh TH berbanding di negeri-negeri lain.

Wang zakat berkenan diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail di Istana Bukit Kayangan di sini.

Turut hadir, Pengerusi LZS, Syed Anwar Syed Jamalullail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

TH dalam kenyataannya berkata, bagi zakat perniagaan 2015, TH mencatatkan pembayaran berjumlah RM59.3 juta berbanding RM57 juta pada 2014, sejajar dengan kedudukan kewangan TH yang kukuh di sebalik ketidaktentuan ekonomi global.

Artikel Berikut

Artikel Lain