suria

FGV Lantik Presiden/Ceo Baharu

KUALA LUMPUR: Konglomerat perladangan, Felda Global Ventures Holdings Bhd, melantik Datuk Zakaria Arshad, 56, sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 1 April.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah yang tempoh khidmat  berakhir pada tarikh yang sama, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Zakaria kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif/Ketua Kluster  Hiliran Sawit FGV.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sains Sosial (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia.

Artikel Lain