suria

Syarikat Sawit Berperanan Penting Bangunkan Tenaga Boleh Baharu

KOTA KINABALU: Syarikat-syarikat sawit boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata biomass yang dihasilkan syarikat-syarikat berkenaan boleh digunakan untuk menjana elektrik.

"Mengapa tidak syarikat-syarikat ini menubuhkan loji kuasa mereka sendiri.

"Mereka juga boleh membantu usaha negara membekalkan elektrik, sekurang-kurangnya ke kawasan sekitar ladang kelapa sawit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Perubahan Iklim dan Pembangunan Komuniti di sini, Isnin.

Masidi berkata syarikat-syarikat kelapa sawit harus melihat pembangunan tenaga boleh diperbaharu sebagai perniagaan menguntungkan dan juga baik kepada alam sekitar.

Artikel Lain