suria

Sime Darby Kumpul RM2.2 Bilion Daripada Terbitan Sukuk

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd mengumpul RM2.2 bilion daripada terbitan sukuk subordinat 10 tahun yang kekal tidak boleh dipanggil yang sebahagian besarnya untuk membiayai semula hutangnya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata sukuk kekal itu merupakan sebahagian daripada usaha pengurangan hutang syarikat dan ia berasaskan kepada prinsip syariah Wakalah pertama di dunia.

"Kami memperoleh sokongan penuh daripada pelabur dan ini juga menunjukkan pasaran terus yakin dengan Sime Darby," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Tawaran sukuk berkenaan adalah lebih 1.8 kali terlebih langgan daripada sasaran awalnya, membolehkan Sime Darby untuk berkembang dan harga penawaran pada hasil akhir adalah 5.65 peratus setahun.

Setakat rehat tengah hari ini, harga saham Sime Darby susut empat sen kepada RM7.95 dengan 471,500 unit bertukar tangan.

Artikel Lain