TH Serah Zakat Perniagaan RM1.96 Juta Kepada PZNS

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tabung Haji (TH) pada Khamis menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.96 juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS).

Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 4.27 peratus daripada RM1.88 juta yang dibayar tahun lepas.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima serahan zakat itu daripada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Johan Abdullah yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, di Istana Hinggap di sini.

Majlis disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Johan berkata TH merupakan institusi penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Malaysia dan bagi tahun lepas sebanyak RM59.3 juta pembayaran zakat dibuat berbanding RM57 juta pada 2014, sejajar dengan kedudukan kewangan TH yang kukuh.

"Sebagai sebuah institusi Islam unggul negara dalam melestarikan ekonomi dan menjamin kepentingan ummah khususnya golongan asnaf, TH prihatin dan bertanggungjawab memastikan pembayaran zakat perniagaan dilaksanakan seperti disyariatkan Islam.

"Pembayaran zakat ini juga dapat memastikan simpanan pendeposit adalah bersih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar PZNS Nor Azmi Musa berkata pihaknya telah mengutip zakat harta sebanyak RM90.1 juta pada tahun lepas berbanding RM84 juta pada 2014.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 7.30 peratus atau meningkat sebanyak RM6.1 juta. Ia melebihi sasaran RM80 juta yang ditetapkan.

"Jumlah pembayar zakat juga menunjukkan peningkatan pada tahun lepas iaitu seramai 57,996 orang berbanding 55,429 pada tahun sebelumnya.

"Kutipan zakat fitrah pula adalah sebanyak RM4.27 juta dengan jumlah pembayar 657,742 orang berbanding RM4.18 juta dengan jumlah pembayar 644,530 orang sebelum ini.

"Ia menjadikan jumlah kutipan zakat harta dan fitrah di Negeri Sembilan sebanyak RM94.42 juta," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan