Bank Rakyat Sasar Pertumbuhan Pinjaman 5-7 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menyasarkan pertumbuhan pinjaman antara 5 hingga 7 peratus tahun ini disokong tiga segmen iaitu pinjaman peribadi, sewa beli kereta serta perumahan.

Presidennya, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata biarpun berdepan ketidaktentuan ekonomi sekarang, Bank Rakyat sebaliknya mencatat pertumbuhan pinjaman sebanyak 5.5 peratus pada Januari dan Februari lepas.

"Oleh itu, kami yakin dapat mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.

"Bagi tahun lepas misalnya, pertumbuhan pinjaman secara keseluruhan adalah 7.9 peratus manakala Bank Rakyat mencatat enam peratus," katanya pada sidang media pengumuman prestasi bank itu bagi tahun kewangan 2015, di sini, Selasa.

Mengulas kemerosotan jualan kereta yang dijangkakan tahun ini berikutan peningkatan kos sara hidup, Mustafha berkata permintaan itu masih ada terutama bagi pengeluar kereta tempatan seperti Perodua dan Proton.

Bank Rakyat turut memperuntukkan sejumlah RM65 juta bagi kemudahan pinjaman sewa beli kereta tahun ini, katanya.

Sementara itu, Pengerusi bank itu, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyenaraikan tiga faktor yang menyumbang kepada kelembapan pertumbuhan pinjaman tahun ini.

"Para pengguna berasa dibebani peningkatan kos sara hidup, langkah pemberhentian pekerja oleh pelbagai industri yang mengekang peminjam memohon pinjaman serta dasar pinjaman lebih ketat diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia dalam memastikan kedudukan kewangan kita kekal kukuh," katanya.

Terdahulu, Abdul Aziz mengumumkan dividen tunai Bank Rakyat sebanyak 13 peratus berjumlah RM385 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015 berbanding 15 peratus pada 2014.

Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.01 bilion berbanding RM2.19 bilion pada 2014.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan