Maybank Kali Ke-7 Dipilih Sebagai Perkhidmatan Perbankan Persendirian Terbaik Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank, telah dipilih sebagai "Perkhidmatan Perbankan Persendirian Terbaik" untuk kali ketujuh dan dalam empat tahun berturut-turut, oleh Euromoney melalui satu tinjauan pengurusan kekayaan global.

Kumpulan itu turut meraih 11 anugerah lain melalui tinjuan Pengurusan Kekayaan dan Perbankan Persendirian Euromoney 2016 ke-13 yang melibatkan lebih daripada 400 bank-bank swasta dari 69 negara.

Ini merupakan kali pertama Maybank menduduki 12 kategori dalam Anugerah  Euromoney di Malaysia, kata Ketua Perkhidmatan Komuniti Kewangan Malaysia Datuk Hamirullah Boorhan dalam satu kenyataan.

Katanya, pengiktirafan itu mengukuhkan kedudukan Maybank sebagai peneraju dalam pengurusan kekayaan dari segi perkhidmatan dan tawaran produk di Malaysia.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mengukuhkan perkhidmatan pengurusan kekayaan kami dan secara aktif mengembangkannya ke seluruh rantau ini bagi memenuhi keperluan segmen pelanggan mewah yang semakin berkembang.

"Hari ini, kami berada di kalangan pemimpin dalam perniagaan ini di Asia Tenggara dengan jumlah aset yang mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 14.33 peratus sejak lima tahun lepas," katanya.

Pengurusan kekayaan adalah komponen utama perniagaan perbankan runcit Maybank dengan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 10 peratus sejak lima tahun lalu.

Perkhidmatan perbankan premium Maybank pada masa ini terdapat di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Brunei.

Di bawah tinjauan itu, Maybank juga mendahului dalam kategori "Keupayaan Perbankan Komersil", "Perkhidmatan Rundingan untuk Penyelidikan dan Peruntukan Aset' serta "Perkhidmatan Rundingan dalam pengurusan derma".

Kumpulan itu juga dinamakan sebagai yang terbaik dalam "SRI/Pelaburan Impak Sosial", "Perkhidmatan Rundingan untuk Amanah dan Perancangan Warisan", "Teknologi Inovatif - Pengalaman Pelanggan" serta "kategori sistem Back Office".

Maybank berada di kedudukan teratas dalam tiga kategori di bawah perkhidmatan khusus untuk nilai bersih bagi mengukur jumlah aset yang diuruskan oleh bank - iaitu dalam kategori pelanggan yang memiliki nilai bersih ultra (dengan aset yang diuruskan lebih daripada AS$30 juta), pelanggan bernilai tinggi (AS$5 juta hingga AS$30 juta) dan pelanggan kaya (AS$1 juta hingga AS$5 juta).-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan