Eastspring Bolot Anugerah Kumpulan Ekuiti Terbaik

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2016 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Eastspring Investments Bhd, membolot anugerah Kumpulan Ekuiti Terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut selain menerima sembilan anugerah prestasi pada majlis Anugerah Dana The Edge-Thomson Reuters Lipper Malaysia 2016.

Ketua Jualan dan Pemasarannya, Yap Siok Hoon berkata kumpulan pengurus dana yang memenangi anugerah itu bukan setakat berkualiti, tetapi turut bekerjasama dalam persekitaran serba kondusif menerusi pendekatan menyeluruh dari segi pemilihan saham yang berteraskan penyelidikan dan penilaian.

Eastspring yang berpejabat di Malaysia, ditubuhkan pada 2000 dan antara syarikat pengurus aset terkemuka tempatan bagi institusi serta peruncitan dan menguruskan aset bernilai kira-kira RM30.6 bilion setakat 30 Sep, 2015.

Ia menguruskan dana unit amanah, dana borong serta mandat swasta.

Sejak lebih tiga dekad lamanya, Anugerah Dana Thomson Reuters Lipper menghargai firma dana dan pengurusan dana yang terbukti memberi perkhidmatan cemerlang serta konsisten berbanding rakan lain di lebih 20 negara.

Tags / Kata Kunci: Eastspring Investment , Ekuiti

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan