suria

BSN Sasar 72,000 Pemegang Baharu Kad Kredit

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan  72,000 pemegang baharu kad kredit tahun ini, meningkat 20 hingga 30 peratus daripada tahun lepas, kata Naib Presiden/Ketua Jabatan Perniagaan Kad Mohd Sofian Amirudin.

Beliau berkata corak perbelanjaan pelanggan yang dijangkakan terus berkembang antara 30 dan 40 peratus tahun ini serta menerusi pengenalan beberapa kad baharu oleh BSN, akan membantu bank milik kerajaan itu mencapai sasarannya.

BSN akan terus menarik pelanggan daripada industri pendidikan selain penjawat awam, berdasarkan kadar menarik yang ditawarkan oleh segmen berkenaan.

"Guru merupakan pasaran yang besar bagi kami. Kami telah memperkenal '1Teacher Card' pada kadar keuntungan rendah 8.8 peratus untuk mer3eka. Ini merupakan kadar paling rendah dalam negara berbanding 17.5 peratus yang dikenakan oleh kebanyakan bank lain," kata Mohd Sofian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen 'Impian Tunai 8 Kembali Lagi' BSN oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya Ahmad Latfan di sini, Isnin.

Setakat ini, asas pelanggan BSN bagi kad kredit sebanyak 200,000 dengan nilai perbelanjaan bulanan sebanyak RM60 juta.

Bagi kad 1Teacher Card, BSN kini mempunyai lebih 80,000 ahli, dan menyasarkan untuk mengelaurkan 30,000 kad tahun ini.

BSN

Artikel Lain