Pembaharuan BNM Letakkan Malaysia Di Kedudukan Kukuh - Zeti

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2016 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembaharuan kewangan pelbagai yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhkan institusi kewangan telah meletakkan Malaysia di platform yang kukuh sehingga membolehkan ekonominya kekal stabil meskipun berlaku ketidaktentuan luaran.

"Jika tidak, kita akan sangat mudah terjejas (dengan keadaan yang tidak menentu), seperti kejatuhan harga minyak mentah. Jika kita tidak mempunyai dasar untuk mengukuhkan institusi kewangan kita, maka, kita akan berada dalam keadaan yang amat sukar," kata Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Oleh itu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 3.25 peratus kekal menyokong ekonomi dan terasnya, kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan bank pusat mengekalkan kadar itu yang berbeza dengan langkah bank serantau lain seperti Indonesia yang mengurangkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini.

Kenaikan OPR kali terakhir sebanyak 25 mata asas yang dilaksanakan oleh BNM adalah pada 10 Julai, 2014.

Zeti berkata, ekonomi Malaysia masih berkembang dan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan semasa tidak kekal lama.

"Kita akan mengharungi tempoh pelarasan bagi satu atau dua tahun atau lebih dan sewajarnya kita mampu untuk meneruskan pertumbuhan kita. Kita mempunyai asas-asas yang penting," katanya kepada pemberita di luar Forum Global Wharton 2016 di sini, Jumaat.

Semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kedua pada Rabu, BNM mengumumkan keadaan kewangan domestik keseluruhannya kekal stabil secara relatifnya sejak mesyuarat sebelum itu yang berlangsung pada Januari.

Sistem kewangan terus kukuh di samping institusi kewangan beroperasi dengan penampan mudah tunai yang mencukupi dan pada masa yang sama pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta turut kekal baik, menurut BNM.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: BNM , Zeti Akhtar Aziz , OPR

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan