Mesir Perkenal Peraturan Daftar Wajib Eksport Dari Kilang Asing

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kilang-kilang Malaysia yang mahu mengeksport produk masing-masing ke Mesir, kini perlu berdaftar dengan Pertubuhan Am bagi Kawalan Eksport dan Import Mesir (GOEIC).

Pendaftaran wajib itu dilaksanakan susulan pengeluaran dekri yang menetapkan semua kilang asing berbuat demikian.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam satu kenyataan berkata, dekri mengenai syarat mandatori itu dikeluarkan pada 2 Februari, 2016 dan berkuat kuasa 16 Mac.

"Kilang-kilang Malaysia mesti membuat pendaftaran sekali secara dalam talian dengan GOEIC menerusi laman webnya.

"Dokumen berkaitan, termasuk sijil status sah kilang dan lesen pengeluaran, kenyataan mengenai produk yang dikeluarkan oleh kilang, cap dagang serta cap dagang yang digunakan mengikut lesen pemilik," katanya.

Menurut Matrade, pemohon juga mesti memasukkan sijil yang membuktikan kilang mereka melaksanakan sistem kawalan kualiti yang dikeluarkan masing-masing oleh Perbadanan Akreditasi Makmal Antarabangsa (ILAC), Forum Akreditasi Antarabangs  (IAF) atau daripada mana-mana entiti kerajaan Mesir atau asing yang diluluskan oleh Menteri Perdagangan Luar Mesir.

Permohonan untuk dokumen berkenaan perlu dikemukakan kepada Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur untuk pengesahan (cap setem dan pengesahkan tandatangan oleh bahagian konsulat).

Dokumen itu kemudiannya perlu dikemukakan kepada GOEIC oleh wakil atau ejen sah kilang.

Kedutaaan Mesir juga berkata pejabat Matrade di Kaherah boleh mengemukakan dokumen pendaftaran bagi pihak kilang-kilang Malaysia kepada GOEIC jika kilang menyediakan surat yang memberi hak kepada Matrade Kaherah untuk berbuat demikian.

Antara senarai produk yang memerlukan pendaftaran wajib ialah susu dan produk berkaitan (kecuali untuk bayi), makanan kering atau jeruk, minyak dan lelemak, coklat dan persediaan makanan yang mengandungi koko, produk mandian, cucian, tempat duduk dan penutup tandas.

Senarai penuh produk berkenaan boleh dimuat turun menerusi http://www.goeic.gov.eg/en/index_r.asp.

Syarikat Malaysia yang merancang mengeksport atau sudah pun mengeksport produk ke negara berkenaan, boleh menghubungi pegawai pemasaran Matrade Kaherah Ghada Fayek Fouad, dengan menghantar e-mel kepada cairo@matrade.gov.my atau kepada ice@matrade.gov.my. 

Matrade menggalakkan pengeksport Malaysia supaya mendaftarkan kilang masing-masing dengan GOEIC sebelum tarikh akhir bagi mengelak kesukaran untuk mengeksport ke negara berkenaan.-- Bernama








Tags / Kata Kunci: Mesir , GOEIC , Matrade

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan