Ford Yakin Kekalkan Momentum Jualan Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2016 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ford Motor Company yakin dapat mengekalkan momentum jualannya di Malaysia, dipacu oleh empat model baharu yang diperkenalkan tahun ini.

Pengarah Urusannya bagi Malaysia dan Pasaran Sedang Pesat Membangun Asia Pasifik David Westerman berkata 12,130 kenderaan Ford dijual pada 2015.

"Kami akan membawa masuk kereta, trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV)terbaik kami ke Malaysia dan kami yakin ia akan diterima oleh pengguna Malaysia," katanya kepada Bernama selepas melancarkan model New Focus, di sini, Khamis.

Generasi ketiga Ford Focus menawarkan tiga varian dengan model enjin turbocharged 1.5 litre EcoBoost berharga RM118,000 manakala versi Sport dan sedan Titanium berharga RM139,888 setiap satu tanpa insurans di Semenanjung Malaysia.

Westerman berkata Ranger dijangka kekal sebagai kenderaan Ford laris di Malaysia tahun ini, diikuti model sporty Fiesta.

"Kami mempunyai harapan tinggi bagi model New Focus kerana kami percaya ia merupakan kereta kompak paling berkuasa dalam pasaran ketika ini," katanya.

Terdahulu bulan ini, Ford melancarkan kenderaan pelbagai guna tujuh tempat duduk 'S-Max', dan syarikat itu dijadual memperkenalkan versi berwajah baharu Everest SUV dan kereta sport Mustang dalam separuh pertama 2016, katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ford , Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan