Panasonic Malaysia Peruntuk RM60 Juta Naik Taraf Kilang Penyaman Udara

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2016 11:00 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperuntukkan RM60 juta dalam perbelanjaan modal (capex) pada tahun kewangan 2016 (FY16) untuk menaik taraf kilang penyaman udaranya bagi membiayai penyambungan barisan produk.

Pengarah Urusan, Cheng Chee Chung berkata, kilang pengeluaran yang terletak di Shah Alam itu mampu menghasilkan 3.1 juta unit penyaman udara setahun untuk pasaran tempatan serta 130 negara lain.

"Panasonic akan terus beroperasi di sini dan tidak mempunyai pelan untuk keluar dari Malaysia.

"Untuk kilang itu, kami merancang menghasilkan 24 model baharu daripada empat siri tahun ini (FY16). Oleh itu kami perlu meningkatkan kemudahan itu," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Panasonic New Elite Inverter Sky Series di sini, Khamis. 

Chee Chung berkata, syarikat itu dijangka menutup FY15 berakhir 31 Mac 2016 dengan jualan kira-kira RM1.6 bilion dan segmen penyaman udara dijangka menyumbang RM450 juta atau 27 peratus daripada jumlah pendapatan. 

Untuk FY15, segmen penyaman udara dijangka mencatat pertumbuhan dua angka walaupun permintaan berkurangan, termasuk peningkatan kos sara hidup dan penyusutan ringgit, yang menjejaskan perbelanjaan pengguna.

Chee Chung berkata, kumpulan menyasarkan pertumbuhan lima peratus dalam jualan pada FY16 dan 36 peratus panguasaan pasaran penyaman udara di Malaysia.

Dengan itu, katanya, syarikat memperuntukkan RM9 juta untuk pengiklanan dan promosi serta RM11 juta untuk kempen pengguna.

Mengenai prospek ekonomi, beliau berkata, ia akan kekal mencabar tahun ini walaupun ia dijangka bertambah baik. 

Bagaimanapun, peningkatan kos sara hidup akan menjejaskan perbelanjaan pengguna dan seterusnya mengurangkan permintaan ke atas produk syarikat.

Disebabkan golongan kaya tidak terjejas sangat dengan kelembapan ekonomi, Cheng berkata, syarikat akan menyasarkan kumpulan ini dengan memberi tumpuan kepada produk premium seperti 'Sky Series' yang baru dilancar itu. 

Penyaman udara inovatif itu menggunakan teknologi penyejukan radian, yang menggunakan prinsip 'Kesan Coanda' bagi menyejukkan ruang dengan menghapuskan haba daripada siling dan dinding.

Harga untuk siri baharu itu kira-kira 30 peratus lebih tinggi daripada siri biasa kerana sebahagian komponen diimport dalam dolar AS, tambahnya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Panasonic , Cheng Chee Chung

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan