Digi Memperuntukkan RM904 Juta Untuk Perbelanjaan Modal

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 7:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM904 juta oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd telah adalah lebih kurang sama dengan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Pemasaran Christian Thrane.

Syarikat telekomunikasi itu mempunyai banyak rancangan untuk tahun ini, termasuk memperkenalkan penghantaran gelombang suara melalui evolusi jangka panjang (LTE) serta WiFI.

"Pada masa sekarang, ciri-ciri tersebut masih di dalam peringkat ujian dan kami akan melancarkan kemudahan itu dalam tahun ini," kata beliau pada majlis pelancaran pelan pascabayar terbaharu Digi di sini, Selasa.

Beliau ketika mengulas lebih lanjut menerangkan, penghantaran suara melalui LTE akan meningkatkan kualiti suara dengan persediaan yang lebih pantas serta membolehkan pelanggan melayari internet pada masa yang sama.

Penghantaran suara melalui WiFi pula akan membolehkan operator menyampaikan mesej dan panggilan melalui mana-mana rangkaian WiFi.

Rangkaian 4G LTE Digi meliputi 72 peratus daripada kawasan berpenduduk di Malaysia dan boleh didapati di 150 bandar utama di seluruh dunia.

Beliau ketika mengulas mengenai pelan pascabayar baharu itu memberitahu, ia menawarkan lebih banyak kuota Internet serta berupaya bagi membawa kuota yang tidak digunakan ke bulan berikutnya.

Harga pelan bermula dari RM28 sebulan.

Pelanggan baharu serta yang sedia ada yang menukar kepada pelan pascabayar Digi sebelum 30 Jun 2016 akan menikmati promosi diskaun, katanya.

Kata Thrane lagi, untuk mereka yang benar melancong tetapi berbajet terhad, Digi juga telah memperkenalkan kadar perayaun Internet yang baharu, bermula dari serendah RM10 sehari.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Digi , Christian Thrane , LTE

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan