Mida: Malaysia Kekal Destinasi Pilihan Industri Petrokimia, Minyak Dan Gas

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2016 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai lokasi pilihan bagi operasi perniagaan, terutama industri berkaitan petrokimia, minyak dan gas, meskipun berhadapan cabaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Datuk Azman Mahmud berkata, Malaysia memiliki infrastruktur untuk ketiga-tiga industri berkenaan, selain asas ekonomi negara ini tetap kukuh, dengan ekonomi dijangkakan berkembang antara 4.0 dan 4.5 peratus tahun ini.

"Menerusi pelaksanaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID), Malaysia kini berada dalam peta dunia dari segi peluang pertumbuhan dalam eksositem ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Teknikal Schmidt + Clemens Group.

Schmidt + Clemens merupakan pengeluar komponen keluli khusus serta pembekal perkhidmatan untuk pengendali kilang dan pembuat peralatan mekanikal.

Syarikat itu melabur lebih 14 juta euro untuk kilang pengeluaran baharu di Lembah Teknologi Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, dan pada masa yang sama merancang untuk menambah beberapa mesin tahun ini.

"Ini menunjukkan keyakinan pelabur tidak berkurangan. Mida menjangkakan untuk menyaksikan lebih banyak syarikat dalam industri berkaitan petrokimia serta minyak dan gas dalam jangka masa terdekat," kata Azman.

Ketua Pegawai Eksekutif Schmidt + Clemens, Jan Schmidt-Krayer berkata kumpulan itu telah mengeluarkan komponen spun tuangan berinovasi tinggi di Malaysia sejak 2001.

Beliau berkata kilang baharu dengan saiz dua kali ganda daripada kemudahan sebelum ini di Shah Alam, akan memenuhi peningkatan pengeluaran dan menyediakan penyelesaian lengkap untuk pelanggan minyak dan gas serta petrokimia, bagi segmen huluan dan hiliran.

Pengeluaran tiub spun tuangan baharu untuk industri minyak dan gas akan menjadi aktiviti baharu bagi Schmidt + Clemens di Malaysia.

Ia turut melibatkan pemindahan teknologi baharu ke negara ini, dengan 90 peratus daripada pengeluaran akan dilaksanakan secara tempatan.

Menurut Schmidt-Krayer, aktiviti itu juga dijangka mengubah Malaysia kepada hab global untuk industri minyak dan gas.

Sementara itu, simposium yang berlangsung selama dua hari tersebut bertujuan membincangkan aliran terkini dan perkembangan material baharu serta inovasi teknikal dalam industri berkenaan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Azman Mahmud , Mida , Rapid , Petrokimia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan