Petronas Akan Terus Kaji Semula Aset Kos Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 29 Februari 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas akan terus mengkaji semula aset berkos tinggi tertentu dalam portfolionya, terutama dengan mengambil kira persekitaran harga minyak yang rendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata faktor luaran yang berada di luar kawalan syarikat terus menekan  harga minyak global.

"Pada awal tahun ini, dengan harga minyak mentah Brent berada di bawah US$30 setong, syarikat perlu bergerak ke peringkat seterusnya dengan langkah yang lebih besar.

"Kami memutuskan untuk menyusun semula projek Gas Asli Cecair 2 (LNG2) terapung Petronas dan menangguhkannya selama dua tahun," katanya dalam sidang media selepas pengumuman keputusan kewangan 2015 syarikat minyak dan gas nasional itu di sini, Selasa.

Berkenaan projek LNG Pacific Northwest di Kanada setakat ini, Petronas perlu meneruskan usaha ke arah mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) penuh, katanya.

Beliau berkata draf laporan penilaian persekitaran, dikeluarkan oleh Agensi Penilaian Persekitaran Kanada (CEAA) pada 10 Feb, kini terbuka bagi pandangan awam selama 30 hari, dan akan dimuktamadkan sebelum diserahkan kepada Menteri Persekitaran dan Perubahan Cuaca untuk kelulusan akhir.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata projek Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor berjalan mengikut jadual dengan pembinaan penapisan dan pemecah stim bagi memulakan operasi pada 2019 manakala keseluruhan kompleks telah siap 20 peratus.

Ketika ditanya kemungkinan jualan aset dan pemberhentian pelaburan, beliau berkata Petronas kerap mengkaji semula aset, di bawah semua keadaan, sebagai satu pendekatan untuk kekal kompetitif di rantau ini.

"Kami mahu mempunyai portfolio dengan aset berkualiti tinggi, dan aset yang tidak memenuhi had mungkin akan dijual.

"Ini juga bergantung kepada minat pembeli. Jika anda melihat perkara ini, malah pada ketika ini, tidak terdapat banyak transaksi penggabungan dan pembelian," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Petronas , Wan Zulkiflee Wan Ariffin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan