Star Media Group Catat Peningkatan 11% Keuntungan Sebelum Cukai Cecah RM170 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Disebalik kelembapan ekonomi dan cabaran dunia perniagaan, Star Media Group Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 11 peratus kepada RM170.07 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dengan penjimatan kos pengurusan dan perbelanjaan operasi yang rendah, manakala pendapatan meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada RM1.02 bilion.

Syarikat itu memaklumkan, penignatkan PBT kepada RM60.35 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding Rm32.30 juta setahun lalu, manakala pendapatan kekal hampir sama pada RM280.77 juga berikutan pendapatan berkurangan bagi segmen percetakan.

Keuntungan tetap bagi suku tahun yang sedang diteliti berada pada tahap dua kali ganda kepada RM52.05 juta, manakala bagi tempoh setahun, keuntungan meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM130.61 juta.

Star Media Group mengumumkan dividen sebanyak sembilan sen bagi pemegang saham dan 18 sen untuk tempoh setahun.

Sementara itu, pada asasnya, segmen percetakan dan digital menunjukkan peningkatan PBT kepada RM171.88 juta kepada RM162.82 juta berbanding tempoh sebelumnya dengan pelaksanaan pengurusan kos cermat yang membantu segmen itu mengekalkan keuntungan dengan pendapatan meningkat berikutan sentimen pengguna yang lemah.

Syarikat juga terlibat dalam penganjuran acara, pameran dan segmen dalaman serta tematik melibatkan anak syarikat yang disenaraikan di Singapura, Cityneon Holdings Ltd dan I.Star Ideas Factory di mana PBT dengan RM8.02 juta diperoleh selepas mengambil kira margin keuntungan rendah dan kos pemilikan Victory Hill Exhibitions Pte Ltd (VHE) oleh Cityneon dengan pendapatan yang diperoleh sebanyak 28 peratus iaitu RM301.14 juta.

Syarikat itu berkata, segmen televisyen mencatatkan penyusutan kecil sebanyak RM7.99 juta berbanding RM19.13 juta sebelum ini, manakala pendapatannya meningkat kepada RM12.02 juta daripada RM10.88 juta. Segmen penyiaran radio juga direkodkan lebih kecil sebanyak RM1.04 juta.

Ia berkata, ekonomi kekal berada pada situasi mencabar dan perbelanjaan iklan untuk 2016 dijangka kekal sederhana.

Selain itu, segmen berkaitan media akan terus dikembangkan supaya lebih dekat kepada kumpulan sasar dengan menyediakan lebih banyak produk kreatif kepada pengiklan.

Syarikat juga berkata, pengembangan secara agresif dalam bisnes digital seperti Star TV dan pasaran yang menarik minat audien akan diteruskan, manakala Cityneon akan terus mencari peluang untuk memperluaskan pendapatan asasnya.

Cityneon memperoleh VHE tahun lalu untuk mempelbagaikan aliran pendapatan dan meningkatkan pencapaian masa depan.

"VHE merancang melaksanakan tiga pameran - Avengers Station di Las Vegas, Amerika Syarikat; Avengers Station di Paris, Perancis dan Transformers Exibition di Las Vegas pada 2016. Pada masa sama, I.Star Ideas Factory juga akan terus berusha untuk memperkukuhkan kedudukannya di pasaran," katanya.

Syarikat juga berkata, tumpuan kini adalah untuk lebih fokus dan memperkukuhkan strategi dalam industri media.

"Kami akan terus mempertahankan segmen percetakan, selain membangunkan landasan media lain serta terus mengamalkan penjimatan kos pengurusan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Star Media Group , PBT

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan