suria

Syarikat Baharu Asean Dipelawa Sertai RBSA Kedua

KUALA LUMPUR: Semua syarikat permulaan dari Asean yang ditubuhkan dalam tempoh lima tahun, dipelawa menyertai Anugerah Syarikat Permulaan Rice Bowl (RBSA) 2016.

Pengerusi Yayasan Usahawan Baharu (myNEF) Ashran Ghazi berkata anugerah itu bermatlamat meningkatkan ketampakan rantau ini sebagai hab global yang cergas bagi inovasi serta meraikan ekosistem permulaan yang penting dalam memacu kemajuan.

"Sejak awal lagi, matlamat kami ialah untuk meraikan kebangkitan bintang keusahawanan di seluruh Asia Tenggara dan kejayaan RBSA 2015, kami bangga menjadi sebahagian daripada inisiatif yang lebih besar ini," katanya.

Ashran berkata anugerah ini yang memasuki edisi keduanya, akan membuka pencalonan mulai 25 Februari hingga 25 Mac, manakala proses penghakiman dijangkakan bermula pada 21 April hingga 21 Mei sebaik pencalonan akhir disenarai pendek.

Pemenang setiap negara akan diumumkan pada Jun 2016 manakala pemenang peringkat serantau akan diumumkan pada majlis perdana pada Ogos.

Anugerah dibahgikan kepada 11 kategori termasuk syarikat terbaharu, pelabur profesional terbaik, wartawan baharu terbaik, media sosial paling berpengaruh dan syarikat permulaan baharu terbaik.

Syarikat yang berminat menyertai acara ini boleh melayari laman web RBSA di www.aseanstartupawards.com. -- Bernama



Asean, RBSA, myNEF, Ashran Ghazi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain