suria

Keuntungan Sebelum Cukai Nestle Meningkat

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Nestle (Malaysia) Bhd meningkat kepada RM727.71 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2015, daripada RM701.19 juta yang dicatatkan pada 2014.

Perolehan juga tinggi sebanyak RM4.84 bilion daripada RM4.81 bilion.

Bagi suku keempat sahaja, keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM118.68 juta daripada RM117.5 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya, di atas sokongan perolehan kukuh sebanyak RM1.2 bilion.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Nestle berkata, perniagaan domestik dan eksport menyumbang kepada prestasi kukuh syarikat berikutan aktiviti promosi yang efektif.

"Perniagaan eksport terus mencatatkan pertumbuhan baik sejak pemulihan pada suku ketiga, mencatatkan pertumbuhan dua angka yang kukuh dalam suku keempat," kata syarikat itu.

Pengarah Urusannya Alois Hofbauer dalam kenyataan berasingan berkata memandangkan ekonomi tempatan dan global yang tidak menentu, 2016 diunjur menjadi tahun mencabar kerana keadaan pasaran yang sukar sekarang dijangka berterusan.

"Bagaimanapun, Nestl kekal yakin dengan prospek Malaysia bagi jangka sederhana hingga jangka panjang disamping mengekalkan prospek berhati-hati bagi tempoh jangka pendek.

"Pada masa hadapan, kami akan meneruskan pendekatan perniagaan berimbang bagi pengurusan kos berhemat sejajar dengan pelaburan kukuh bagi masa depan," katanya. 

Nestle

Artikel Sebelum

Artikel Lain