suria

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku akhir (Suku 4) 2015, menjadikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh sebanyak 5.0 peratus berbanding 6.0 peratus pada 2014.

Negara mencatatkan pertumbuhan KDNK 5.6 peratus pada suku pertama (Suku 1) 2015 sebelum berkurangan kepada 4.9 peratus pada Suku 2 dan 4.7 peratus pada Suku 3.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan berkata ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus tahun lepas dengan tokokan nilai RM1,062.6 bilion pada harga malar dan RM1,156.9 bilion pada harga semasa.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan berkata pertumbuhan Suku 4 disokong kebanyakannya oleh permintaan sektor swasta, manakala bagi bahagian penawaran, ia disokong oleh sektor ekonomi utama.

Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, ekonomi berkembang 1.5 peratus berbanding 0.7 peratus dalam suku sebelumnya.

Malaysia, Ekonomi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain