Bina Darulaman Sasar Tanah Di Perak, Kediaman Mampu Milik

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju hartanah Kedah, Bina Darulaman Bhd berhasrat membeli tanah di Perak bagi tujuan pembangunan kediaman dan menumpukan projek perumahan mampu milik susulan persekitaran hartanah yang lebih suram ketika ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Izham Yusoff berkata pegangan tunai syarikat sebanyak RM79.01 juta itu membolehkannya memanfaatkan persekitaran itu serta mendapatkan peluang yang lebih baik.

"Berikutan keadaan pasaran itu, strategi kami pada tahun ini adalah bertumpu kepada usaha perumahan mampu milik yang mana kira-kira 70-80 peratus pelancaran (projek) kami berharga RM500,000 dan ke bawah," katanya pada sidang media selepas majlis taklimat mengenai prestasi kewangan syarikat itu bagi suku keempat, di sini, Khamis.

Syarikat itu buat pertama kalinya bertapak di Perak pada tahun lepas menerusi pembelian sebidang tanah seluas 3.48 hektar di Kuala Kangsar selain tanah 19.7 hektar di Kedah yang memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM475 juta.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015, keuntungan sebelum cukai Bina Darulaman meningkat 20 peratus kepada RM40.77 juta daripada RM33.86 juta pada  2014 manakala pendapatannya susut 26 peratus kepada RM243.3 juta daripada RM328.88 juta.

Izham menyifatkan penyusutan pendapatan itu berpunca daripada kelewatan merealisasikan jualan berikutan kredit lebih ketat.

"Permintaan hartanah di Kedah masih tinggi sepertimana ditunjukkan bilangan tempahan yang kami terima. Bagaimanapun, usaha merealisasikan tempahan itu kepada jualan ternyata mencabar kerana para pembeli berdepan kesukaran mendapatkan pinjaman bank.

"Jika dilihat pengalaman kami sebelum ini, usaha menjadikan tempahan kepada jualan lazimnya memakan masa tiga bulan, namun kini ia berlanjutan sehingga enam bulan lamanya," katanya.

Biarpun jualan perlahan, segmen hartanah menyumbang sebanyak 45 peratus kepada pendapatan syarikat diikuti unit jalan raya dan kuari (43 peratus), kejuruteraan dan pembinaan (10 peratus) manakala hotel dan golf (2.0 peratus).

Keuntungan lebih tinggi pula disumbang kos lebih rendah hasil daripada pemuktamadan akaun projek-projek yang telah siap.

Tags / Kata Kunci: Bina Darulaman , Perak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan