suria

Wilayah Chiba Akan Promosikan Jenama Ubi Keledek

CHIBA: Wilayah Chiba, yang terletak bersebelahan dengan ibu negara Jepun Tokyo, kaya dengan sumber semula jadi. Ia menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Disneyland Tokyo yang sangat popular di kalangan pelawat asing ke Jepun.

Wilayah itu, yang berada pada lokasi yang sangat baik, akan mengadakan "Nikmati Ubi Keledek Chiba," satu acara di mana ubi keledek yang lazat akan diperkenal dan dijual kepada pengguna di Kuala Lumpur, Malaysia kemudian pada Februari tahun ini.

Wilayah Chiba merupakan satu kawasan pengeluaran utama bagi ubi keledek.

"Beniharuka," sejenis baka ubi keledek yang amat popular di Jepun kerana ia manis dan lembap, akan dibakar dan dijual kepada pengunjung semasa acara itu.

Selain itu, cara terbaik untuk menikmati ubi keledek akan diperkenalkan dan pelbagai barangan yang memaparkan "CHI-BA + KUN," watak maskot Wilayah Chiba, akan juga dijual di tapak acara itu.

Chiba, Ubi Keledek

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain