suria

AirAsia Tawar Diskaun 20% Semua Destinasi Asia, Australia, New Zealand

KUALA LUMPUR: AirAsia dan AirAsia X menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi penerbangan ke semua destinasi seluruh Asia, Australia dan New Zealand.

Promosi itu bermula Isnin hingga 21 Februari bagi tempoh perjalanan segera dari 16 Februari hingga 30 Jun 2016.

Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia bagi pengguna iPhone dan Android serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia dalam kenyataan pada Ahad berkata promosi tersebut merangkumi destinasi seperti Hong Kong; Lombok, Indonesia; Auckland, New Zealand; Sapporo, Jepun dan laluan AirAsia X yang baharu dilancarkan iaitu New Delhi, India.

Tawaran 20 peratus itu berdasarkan tambang asas bagi semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X termasuk perkhidmatan Fly-Thru dengan kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thai AirAsia), XJ (Thai AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia), XT (Indonesia AirAsia X), PQ dan Z2 (Philippines AirAsia).

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Berhad Siegtraund Teh berkata promosi tersebut menawarkan peluang kepada pelanggan AirAsia untuk menikmati penjimatan lebih apabila mereka membuat tempahan penerbangan bersama tawaran hotel daripada AirAsiaGo.

"Selain itu, tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X yang mendapat pelbagai pengiktirafan juga menjadi tumpuan utama promosi ini, membolehkan  tetamu kami untuk terbang lebih jauh dan lebih selesa dengan harga istimewa," katanya.

Sepanjang tempoh promosi tersebut juga semua ahli AirAsia BIG boleh menikmati mata ganjaran berganda apabila membuat tempahan penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, India, Perth (Australia), Auckland dan Busan, Korea.

Artikel Lain