FedEx Perkenal JomPAY Melalui 42 Bank Interbank Giro

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: FedEx Express (FedEx), anak syarikat  FedEx Corp, memperkenalkan pilihan pembayaran tambahan, JomPAY, di Malaysia melalui 42 bank InterBank Giro.

JomPAY, perkhidmatan pembayaran bil nasional membolehkan pembayaran secara dalam talian yang cepat, mudah dan selamat melalui Internet dan perbankan mudah alih untuk caj penghantaran termasuk pengangkutan, duti dan cukai.

Dalam kenyataan, FedEx berkata pelanggan akan mempunyai pilihan tambahan untuk menguruskan bil FedEx mereka dengan JomPAY melalui akaun bank simpanan atau semasa dan kad kredit tanpa dikenakan bayaran tambahan.

"Di Malaysia, perniagaan dikenakan kira-kira RM2.7 bilion setahun bagi urus niaga tunai selain menanggung risiko kecurian," katanya.

FedEx, syarikat pengangkutan ekspres menyediakan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan boleh dipercayai ke lebih 220 buah negara dan wilayah.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: FedEx , JomPAY

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan