Malaysia Airlines Rai Tahun Baru Cina Dengan Hidangan Istimewa

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 12:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan hidangan istimewa di Golden Lounge syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Penumpang dengan tiket kelas pertama serta ahli kad Enrich Platinum yang menikmati hidangan di ruang kelas pertama boleh menikmati salad Yee Sang, sajian itik serta tart nanas.

"Hidangan ini akan tersedia bermula hari ini dan sepanjang musim perayaan sehingga 14 Jan," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu sajian pilihan Dim Sum, salad Yee Sang dan tart nanas akan dihidangkan di bahagian perniagaan Golden Lounge mulai 7-9 Feb.

"Menu perayaan kami mencerminkan budaya masyarakat majmuk Malaysia. Kami gembira untuk memperkenalkan hidangan ini kepada penumpang kami sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina," kata Ketua Pegawai Komersialnya,  Paul Simmons.

Sementara itu, Malaysia Airlines mengingatkan kepada para penumpang yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan ini agar mendaftar masuk menerusi laman webnya di www.malaysiaairlines.com atau MHmobile di flymas.mobi seawal 48 jam sebelum berlepas.

Penumpang juga boleh menggunakan kiosk daftar masuk sendiri di KLIA dan lapangan terbang domestik lain. 

Tags / Kata Kunci: MAS , KLIA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan