Syarikat Asia Perlu Ikut Perubahan Digital Semasa - HSBC Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat Asia yang memacu rentak peruncitan e-dagang global perlu mengikuti perubahan digital semasa jika mereka mahu mengekalkan pelanggan peka kos yang kini menguasai teknologi mudah alih.

Menurut Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Mahbub Ur Rahman susulan peningkatan daya beli dalam talian dan pertumbuhan pesat kegiatan beli-belah menerusi peranti mudah alih, cabaran yang timbul sekarang ialah untuk memperhebat pengalaman pelanggan setia selain memikat pelanggan baharu.

Peruncit juga perlu meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan rantaian bekalan antarabangsa, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata trend digital bukan sekadar memperkenalkan jenama dan produk dalam talian tetapi perlu turut melibatkan media sosial setiap hari bagi menyampaikan kandungan menarik dan relevan kepada pelanggan.

"Dinamik pasaran sememangnya telah berubah, namun prinsip asas runcit masih sama. Perniagaan perlu mengenal pasti pelanggan berpotensi dan menarik mereka untuk menjalankan transaksi.

"Peruncit perlu menggunakan teknologi untuk lebih memahami kitaran jualan produk mereka di samping mengetahui kaedah memaksimumkan margin yang semakin mengecil disebabkan peningkatan persaingan e-dagang," katanya, menambah ia satu-satunya cara untuk mengekalkan pelanggan sedia ada sambil mendapatkan pelanggan baharu.

Tags / Kata Kunci: HSBC

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan