suria

Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pilih Synergy 3 Synectics Untuk Keselamatan Infrastruktur

Chris Bishop

SHEFFIELD: Satu daripada 10 syarikat penerbangan penumpang antarabangsa yang terbaik di dunia telah memilih platform perintah dan kawalan Synergy 3 Synectics untuk melindungi infrastruktur penyelenggaraan mereka.

Dengan kehadiran global yang mengagumkan dan berkembang, syarikat penerbangan itu menerima pakai satu pendekatan bersepadu kepada keselamatan dan pengurusan keselamatan merentasi kemudahan operasi utama di pusat hab Asia Pasifik.

Synergy 3 akan membolehkan syarikat penerbangan itu, yang membawa penumpang dan kargo ke lebih 30 buah negara, untuk mengintegrasi, memantau dan menguruskan data daripada pelbagai peranti subsistem melalui satu kerangka terbuka yang ditawarkan oleh Synergy 3 daripada sebuah pusat keselamatan yang khusus.

Penyelesaian bersepadu Synectics juga menggabungkan Synectics PSN 3 - dengan lewahan penting, auto Raid bina semula dan bekalan kuasa pertukaran dual hot, dan Synectics Web Streamer. Penyatuan Web Streamer membolehkan akses jauh dan selamat kepada rakaman video IP secara langsung atau rakaman pada peranti tetap atau mudah alih termasuk telefon dan tablet.

Chris Bishop, Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa di Synectics berkata: "Keselamatan yang cekap dan berkesan di dalam industri penerbangan tidak boleh dianggap remeh.

Apabila kami bekerja dengan pelanggan, ia adalah tanggungjawab kami untuk menyampaikan penyelesaian yang kami tahu akan mampu memenuhi dan melebihi keperluan itu. Ia selalunya melibatkan persoalan keselamatan antarabangsa.

"Untuk projek ini, terdapat satu senarai semak kriteria yang berbeza. Syarikat penerbangan itu memerlukan satu platform pangkalan data yang agnostik dan terbuka bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan dari sebuah antara muka pengendali bersepadu yang tunggal; daya tahan dan perlindungan sistem yang terbukti di lapangan untuk memastikan tiada masa henti dan keselamatan data; dan akhirnya berskala. Mereka memerlukan satu sistem yang akan menampung pertumbuhan sejajar dengan perkembangan infrastruktur yang dijangkakan.

"Kami telah menyediakan satu penyelesaian yang memenuhi tugasan yang sangat mencabar ini dan akan memastikan syarikat penerbangan itu mencapai tahap kesedaran situasi yang maksimum merentasi seluruh infrastruktur kritikal mereka."

Kontrak itu akan dihantar secara berperingkat dan akan disokong oleh pejabat serantau Synectics di Singapura.

Chris Bishop berkata: "Kejayaan besar ini jelas membuktikan kredibiliti kami dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat penerbangan utama kepada penyelesaian pengurusan keselamatan bersepadu kami yang berskala dan berdaya tahan." 

"Pada 2015 platform perusahaan Synergy 3 kami telah dipilih sebagai penyelesaian keselamatan lapangan terbang untuk Terminal 3 Ultimate di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta. Untuk mendapatkan satu lagi kontrak penerbangan utama di rantau Asean adalah satu pencapaian hebat bagi kami dan rakan-rakan saluran kami." --Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain