suria

Samsung Lancarkan Galaxy A Series Terbaharu

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan Samsung Galaxy A Series (2016) terbaharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang telah dipertingkatkan sehingga mampu menjadi peranti terbaik bagi mereka yang suka mengabadikan detik terindah dalam foto.

Galaxy A Series (2016) menawarkan pengguna Malaysia platform untuk melahirkan keunikan mereka dengan keupayaan yang besar dalam tiga skrin pilihan iaitu 5.5 inci untuk A7, 5.2 inci untuk A5 dan 4.7 inci bagi inci A3.

Pengurus Produk Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics, Go Benn Lee berkata A Series direka bagi membawa kepuasan kepada pelanggan.

Ia boleh didapati dalam warna hitam, emas, putih dan merah jambu keemasan, , Galaxy A dijual di semua kedai jenama Samsung di seluruh negara mulai 28 Januari 2016.

Harga runcit untuk Galaxy A7 2016 adalah RM1,899, Galaxy A5 2016 (RM1,599) dan Galaxy A3 2016 (RM1,299) termasuk cukai barang dan perkhidmatan. 

-- Bernama

Artikel Sebelum

PKNS Akan Lancar Rumah Berkembar

Artikel Berikut

Artikel Lain