suria

Kerajaan Komited Capai Sasaran Pelaburan Swasta RM215 Bilion

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terus komited untuk mencapai sasaran pelaburan swasta berjumlah RM215 bilion tahun ini.

Contohnya, pelaksanaan projek utama seperti Mass Rapid Transit (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT), Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, Rapid Pengerang dan High-Speed Rail, akan diteruskan,  katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, Khamis.

Untuk meningkatkan hubungan strategik antara bandar dan luar bandar, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan terus melaksanakan pembinaan 10 lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC), masing-masing di Labuan, Sungai Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban dan Kangar.

Empat lagi Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) baharu dijangka siap di Jawi, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan, Sungai Rambai, Melaka dan Betong, Sarawak, tahun ini, katanya. 

Pelaburan, Kerajaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain