PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa syarikat berkaitan kerajaan melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja. Dalam pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini, Najib turut menggesa sektor swasta turut melaksanakan perkara yang sama. "Perkara ini akan dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi," kata Perdana Menteri.