UMS Holdings Labur Syarikat Pengeluar Komponen Aeroangkasa Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: UMS Holdings Ltd memeterai perjanjian pemegang saham muktamad dengan syarikat pembuatan komponen logam aeroangkasa yang berpangkalan di Malaysia, All Star Fortress Sdn Bhd (ASF).

ASF merupakan satu daripada 20 syarikat tempatan yang diluluskan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Kerajaan Malaysia untuk membangunkan industri pembuatan aeroangkasa tempatan.

Sementara itu syarikat Singapura, UMS, merupakan rakan integrasi strategik dalam pembuatan dan kejuruteraan bagi pengeluar peralatan semikonduktor. 

"Kami gembira dengan prospek daripada pelaburan ini. Dalam tempoh jangka pendek, kami menjangkakan peningkatan sedikit keuntungan kerana kami boleh mengharapkan hasil sewa dan pendapatan faedah daripada kerjasama ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif UMS Andy Luong dalam satu kenyataan Rabu. 

"Dalam tempoh lebih lama, kami berhasrat untuk bekerjasama dengan ASF bagi mengembangkan kedudukan mereka dan menjadi pemain utama dalam industri aeroangkasa. Kumpulan menjangka ia akan menjadi pemegang saham utama ASF pada tahun-tahun akan datang," katanya.

Pelaburan terbaharu ini merupakan sebahagian daripada strategi UMS untuk mempelbagaikan operasinya selain segmen perniagaan tradisi semikonduktor dan menyasar mencapai sumber pendapatan alternatif serta membolehkan Kumpulan meneroka sektor pertumbuhan berpotensi tinggi dalam industri aeroangkasa.

Di bawah perjanjian itu, unit milik penuh UMS, Ultimate Machining Solutions (M) Sdn Bhd akan melanggan 10 peratus ekuiti dalam ASF dengan harga RM145,000.

Ultimate Machining Solutions juga akan menyediakan kepada ASF sehingga US$7.5 juta (US$1=RM4.25) antara lainnya, bagi tujuan modal kerja; membina barisan pengeluaran proses khas; dan membeli mesin dan peralatan yang perlu. 

Selain menyediakan sokongan kewangan kepada ASF, kumpulan itu juga akan menyewakan sebahagian daripada kemudahan pembuatannya yang tidak digunakan kepada ASF secara komersial. 

Selain itu, ASF akan membayar pampasan kepada UMS bagi kos dan perbelanjaan yang ditanggung dalam menyediakan lekapan, kelengkapan dan prasarana asas di premis di Pulau Pinang. 

Justeru itu, kumpulan tidak menjangkakan perbelanjaan modal penting berkaitan pelaburannya dalam ASF.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: UMS Holdings , ASF , Singapura , Andy Luong

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan