suria

PIPC Dijangka Lewat Siap Ekoran Ekonomi Mencabar

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor  (JPDC), penyelaras Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC), menjangkakan kelewatan sedikit dalam tarikh penyiapan keseluruhan kompleks itu disebabkan oleh keadaan ekonomi yang mencabar.

Projek itu sebelum ini disasarkan siap pada 2035.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yazid Ja'far berkata fasa pertama yang terdiri daripada dua projek pemangkin, iaitu Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang DIALOG Group, dijangka dapat mula beroperasi pada 2019.

Beliau berkata demikian semasa ceramah majlis makan tengah hari anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Pejabat Perdana Menteri, Rabu.

PIPC merupakan satu langkah utama dalam mewujudkan nilai kepada rantaian minyak dan gas huluan di Johor. 

Projek itu yang terletak di Pengerang, akan mempunyai kilang penapis minyak,  naphtha crackers, loji petrokimia serta terminal import gas asli cecair dan loji pengegasan semula. -- Bernama 


PIPC, JPDC, Pengerang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain