suria

Pengeksport Malaysia Raih Manfaat Tarif Import EU-Miti

KUALA LUMPUR: Pengeksport Malaysia berkemungkinan memperoleh manfaat daripada keputusan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini untuk mengkaji semua penggantungan tarif autonomi dan kuota ke EU mulai 1 Jan, 2016.

Bermula tahun ini, EU melaksanakan penggantungan tarif autonomi ke atas  2,433 produk (meningkat daripada kira-kira 1,600 produk pada 2011) dan tarif kuota autonomi ke atas 113 produk (meningkat daripada 84 produk pada 2013).

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan di sini berkata pengeksport Malaysia wajar mengambil kesempatan daripada langkah baharu ini untuk meluaskan akses pasaran mereka di Eropah.

Pelaksanaan dasar ini boleh meluaskan peluang pengeksport Malaysia dalam sektor seperti automotif, papan dan panel dilengkapi papan suis, pakaian, perabot, gentian kaca, pelbagai pembesar suara/fon kepala, minyak sawit, barangan plastik serta komponen televisyen, katanya.

Pada dasarnya penggantungan tarif dan kuota ini akan memberi impak ke atas sektor berkenaan bagi pengeskportan bahan mentah, barang separuh siap dan komponen, katanya.

Penggantungan tarif dan kuota ini bagaimanapun tidak melibatkan barangan siap.

Penggantungan tarif dan kuota ini merupakan sebahagian daripada skim liberalisasi autonomi EU, yang memberikan pengecualian sementara kepada permohonan EU untuk kadar duti kastam yang normal ke atas barangan yang diimport ke EU.

Keputusan ini lazimnya untuk tempoh lima tahun.

Pengeksport Malaysia boleh memanfaatkan pejabat MITI di Brussels serta pejabat-pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Eropah, masing-masing di London, Frankfurt, Milan, Warsaw, Paris dan Rotterdam, untuk sokongan," kata MITI.

"Ia berkata langkah baharu itu, khususnya akan memberi manfaat kepada pengeksport Malaysia yang kini memberi tumpuan kepada eksport alat ganti dan komponen bagi kalangan yang terlibat dalam sektor automotif dan elektrik dan elektronik.

Sektor perabot yang pada masa lepas memberi tumpuan kepada eksport produk siap ke EU, boleh memanfaatkan kaedah baharu ini bagi mengukuhkan eksport alat ganti dan bahagian berkaitan sektor perabot.

Penggantungan tarif dan kuota mula diperkenalkan oleh Suruhanjaya EU pada 1998. Sejak itu, senarai produk yang layak dikaji semula secara berkala, dengan kajian semakan semula terbaharu dilakukan pada 2011 dan 2013.

Langkah autonomi ini bertujuan menyediakan perusahaan EU dengan peningkatan akses kepada input, dengan mengimport barangan pada kadar sifar atau kadar duti yang dikurangkan.

Miti, EU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain