E-Dagang Halal: Aladdin Group Labur AS$5 Juta

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat e-dagang yang berpangkalan di Malaysia, Aladdin Group of Companies, melabur AS$5 juta (RM21.3 juta) untuk mewujudkan aladdinstreet.com.my -- platform beli-belah e-pasaran patuh Syariah dan Halal pertama negara.

Pengasas Bersama Kumpulan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata laman e-dagang itu, yang dijangka dilancarkan pada akhir bulan ini, akan memenuhi keperluan perkhidmatan perbankan dan kewangan, farmaseutikal, fesyen, kosmetik dan kecantikan serta makanan dan minuman.

"Dalam tempoh tiga tahun akan datang, platform e-dagang itu, dengan sasaran 1,500 peniaga, akan menyediakan 30,000 produk dalam talian", katanya kepada pemberita selepas pelancaran awal aladdinstreet.com.myoleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, Rabu.

Mengenai penyertaan peniaga dalam laman beli-belah secara dalam talian itu, Sheikh Muszaphar, yang juga angkasawan pertama negara, berkata ia adalah melalui jemputan.

Beliau berkata syarikat turut menyasarkan pasaran Islam dan bukan Islam di lebih 30 buah negara di seluruh dunia, termasuk India, Eropah, China, Indonesia dan Timur Tengah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Aladdin Azizi Meor Ngah berkata syarikat dijangka melabur kira-kira US$100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi aktiviti pemasaran dan promosi di luar pasaran Malaysia.

E-platform antarabangsa -- Aladdinstreet.com -- yang akan memenuhi keperluan pasaran global, akan dilancarkan pada suku kedua 2016.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Aladdin Group , e-dagang halal

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan